Site icon TechNave BM

Anda boleh menonton di Siar, seperti Netflix tapi hanya tayang filem Melayu klasik dan lama!

Platform penstriman digital bukan lagi perkara asing termasuk untuk penonton di Malaysia. Kewujudan laman seperti Netflix, Viu dan iflix sudah diterima ramai dan diguna pakai. Apa yang lebih menarik, sebuah platform strim filem Melayu klasik kini dibangunkan oleh seorang individu kreatif.

Laman Siar telah bermula hanya sebagai sebuah akaun di Facebook pada tahun 2017 dengan muat naik perkongsian klip naskhah tempatan termasuk drama, filem, sitkom, animasi, iklan dan banyak lagi. Sejak November lalu, Muhammad Ali Isnan yang berkelulusan Ijazah Komunikasi Instruksional dan Latihan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membangunkan platform strim Siar.

Platform Siar diusahakan sendiri oleh individu kreatif ini memandangkan agensi kerajaan atau penggiat filem kurang memberi sokongan. Setakat ini, semua filem ditayangkan dibayar hak kepada penerbit atau pemegang hak. Beroperasi seperti Netflix, Siar hanya menawarkan yuran langganan RM10 sebulan.

Anda pasti sudah bosan dengan tontonan filem Melayu lama yang kerap diulang. Siar menawarkan tontonan filem Melayu klasik dan lama yang susah untuk didapati di laman strim atau medium lain seperti filem era 1970-an hingga 2000 iaitu Azura, Ali Setan, Gila-Gila Remaja dan lain-lain.

Anda boleh menonton dan mengimbau filem lama melalui Siar di pautan ini.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version