Site icon TechNave BM

Anda boleh mohon bayaran i-Citra KWSP esok untuk keluarkan wang sehingga RM5,000

Buat mereka yang inginkan sumber kewangan tambahan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada waktu ini, anda boleh membuat permohonan untuk skim i-Citra di laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok (12 Julai 2021).

Jika permohonan lulus, anda boleh dapatkan bayaran sehingga RM1,000 sebulan untuk tempah selama lima bulan, tertakluk kepada baki simpanan. Semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 layak memohon inisiatif ini.

Jumlah keseluruhan maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM5,000, iaitu sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan. Pengguna boleh memilih jumlah keseluruhan yang lebih rendah asalkan mereka akan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Permohonan untuk i-Citra akan dibuka bermula 12 Julai hingga 30 September 2021 di laman web icitra.kwsp.gov.my. Permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan menerima pembayaran untuk bulan pertama pada bulan Ogos.

Layari laman web KWSP untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Citra. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version