Site icon TechNave BM

Anda boleh mula bayar tol dengan kad debit atau kredit di Lebuhraya BESRAYA dan NPE

Bermula 26 Ogos 2023, dua lebuhraya di Lembah Klang akan memulakan ujian rintis untuk kutipan tol secara Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) bagi memudahkan pembayaran oleh para pemandu. Dua lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

SPT membenarkan para pemandu untuk membayar tol dengan kad debit, kad kredit atau kad prabayar selain daripada Touch ‘n Go, SmartTag dan Idensitifikasi Frekuensi Radio (RFID). Setakat ini masih tidak dimaklumkan jenis atau jenama kad prabayar yang boleh digunakan di tol dalam dua lebuhraya tersebut.

Perlu diingati bahawa bukannya semua lorong tol akan menawarkan perkhidmatan SPT. Lorong tol yang menyediakan perkhidmatan ini akan mempunyai papan tanda khusus di atasnya untuk membantu pemandu mengenal pasti lorong tersebut.

Jika transaksi menggunakan sekeping kad bank itu gagal, pemandu dinasihatkan untuk menggunakan kad bank lain atau kad Touch ‘n Go. Pihak pengendali dua lebuhraya ini, IJM, berharap pelaksanaan SPT ini akan memudahkan para pemandu serta melancarkan operasi kutipan tol.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan 12 lebuhraya akan memulakan SPT dalam masa terdekat iaitu:

Ini adalah lebuhraya terbaru yang menawarkan SPT, selepas lebuhraya MEX memperkenalkannya buat kali pertama pada awal bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mencuba fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version