Site icon TechNave BM

Anda boleh semak status Pengeluaran Khas KWSP secara dalam talian bermula 9 April 2022

Beberapa minggu lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang sejumlah RM10,000 daripada akaun caruman mereka, di bawah program Pengeluaran Khas.

Permohonan telah pun dibuka sejak 1 April lalu dan kini KWSP mengumumkan kepada pencarum bahawa status permohonan Pengeluaran Khas boleh disemak bermula hari Sabtu, 9 April 2022 di laman web KWSP.

KWSP mengingatkan kepada para pemohon bahawa mereka tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau melawati cawangan KWSP bagi menyemak permohonan mereka. Jika anda belum membuat permohonan Pengeluaran Khas, anda boleh berbuat demikian di laman web KWSP.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version