Site icon TechNave BM

Anda boleh tebus kredit eBelia dengan Touch ‘n Go eWallet untuk dapatkan baucar sehingga RM1,000!

Golongan belia tempatan yang berada dalam lingkungan umur 18-20 tahun atau pelajar IPT kini boleh menebus kredit eBelia dengan pelbagai aplikasi e-dompet bernilai RM150. Jika anda memilih untuk menebusnya dengan e-dompet Touch ‘n Go eWallet, anda boleh mendapatkan jumlah kredit tersebut dan tambahan baucar bernilai RM1,000.

Baucar tersebut terdiri daripada baucar Lazada bernilai RM600 dan lebih banyak baucar daripada sekitar 250 perniagaan termasuklah e-dagang, kedai fizikal, restoran, pengangkutan dan banyak lagi.

eBelia merupakan bantuan kewangan buat golongan belia sewaktu pandemik COVID-19 ini dan ia boleh ditebus sehingga 31 Julai. Kredit ini boleh ditebus dalam empat perkhidmatan e-dompet, maklumat lanjut tentang eBelia boleh dibaca dalam artikel ini.

Layari laman web Touch ‘n Go eWallet untuk maklumat penuh tentang inisiatif ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan Touch ‘n Go eWallet dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version