Site icon TechNave BM

Anda boleh tonton “rover” NASA mendarat di planet Marikh pada 7:55 pagi esok

Kenderaan rover peneroka terbaru oleh Pentadbiran Angkasa Amerika Syarikat (NASA), Perseverance, akan membuat pendaratan di planet Marikh pada malam ini bermula 18 Februari, 19:15 GMT (19 Februari, 3:15 pagi waktu Malaysia). Penggemar angkasa lepas boleh menonton siaran langsung pendaratan itu bermula waktu tersebut di mana Perseverance akan menghampiri permukaan planet Marikh.

Perseverance dijadualkan untuk mendarat di permukaan planet Marikh pada jam 23:55 GMT (7:55 pagi waktu Malaysia) di mana paparan awal gambar planet tersebut akan disiarkan tidak lama kemudian.

Rover ini merupakan misi Marikh terbaru oleh NASA yang telah dilancarkan pada 30 Julai 2020. Ia merupakan rover Marikh keempat oleh NASA selepas Sojourner, Opportunity, Spirit dan Curiosity.

Pada masa ini, dua lagi rover sedang menghampiri planet Marikh iaitu Tianwen-1 dari China dan Mars Hope dari Emiriyah Arab Bersatu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version