Site icon TechNave BM

Anda boleh tonton unifi TV secara percuma sehinga 1 Januari 2023

Baru-baru ini, Telekom Malaysia (TM) berjaya mencapai rekod baharu untuk jumlah pelanggan internet gentian unifi iaitu seramai tiga juta pelanggan. Bagi menyambut kejayaan ini, TM akan menawarkan siaran percuma untuk semua saluran yang ditawarkan dalam unifi TV.

Bermula 1 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023, TM akan menyediakan siaran percuma untuk semua 72 saluran yang disediakan dalam unifi TV. Biasanya, pelanggan perlu mendapatkan pakej Ultimate Pack yang berharga RM60 sebulan untuk menonton semua saluran yang disediakan oleh unifi.

Selain itu, TM turut menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk filem tontonan sekali (pay-per-view) dan percubaan percuma selama dua minggu untuk aplikasi penstriman unifi TV.

unifi turut menawarkan unifi Plus Box iaitu sebuah kotak siaran Android (Android box) yang memudahkan pengguna untuk menonton kandungan internet secara sah seperti Disney+ Hotstar, Viu, MangoTV, Nickelodeon dan Warner TV.

Layari laman web unifi TV untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version