Site icon TechNave BM

Anda boleh WhatsApp World Health Organization (WHO) untuk berita terkini COVID-19

Pelbagai laman media sosial telah mula mengemaskini platform mereka untuk sentiasa menyediakan maklumat terkini berkenaan pandemik COVID-19 bukan sahaja di Malaysia, tetapi seantero dunia. Terkini, World Health Organization (WHO) membenarkan anda untuk menghubungi mereka melalui WhatsApp.

Usaha ini adalah langkah proaktif mereka untuk membantu membekalkan berita dan maklumat terkini mengenai penukaran virus. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menanyakan soalan berkaitan COVID-19 kepada mereka.

Untuk mendapat maklumat terkini COVID-19, anda boleh menyimpan nombor ini +41 79 893 18 92 dalam telefon pintar anda. Jika anda mula menghantar mesej berkenaan COVID-19, secara automatik anda akan menerima maklumat terkini. Chatbot WHO melalui WhatsApp ini juga akan menjawab soalan-soalan anda berkenaan COVID-19.

Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Central

Exit mobile version