Site icon TechNave BM

Anda dijemput hadir ke pameran TIME Gig Speed Home WiFi untuk lihat teknologi internet pantas 2Gbps di seluruh rumah

Syarikat penyedia telekomunikasi tempatan TIME dotCom telah melancarkan perkhidmatan Gig Speed Home WiFi iaitu sebuah perkhidmatan internet domestik yang membenarkan anda untuk dapatkan kelajuan internet tertinggi di setiap sudut rumah, tidak kiralah sejauh mana anda berada dari penghala (router) utama.

Bagi mendemonstrasikan perkhidmatan baharu ini, TIME menjemput anda untuk hadir ke jerayawara khas TIME di aras bawah, pusat beli-belah Ikano Power Centre (IPC) Shopping Mall yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 22 Oktober 2023. Anda boleh lihat sendiri aksesori yang digunakan untuk meluaskan rangkaian internet berkelajuan tinggi ke setiap sudut rumah.

Gig Speed Home WiFi menggunakan kelengkapan HUAWEI Fibre To The Room (FTTR) yang terdiri daripada penghala utama dan nod mesh tambahan (mesh child node) yang boleh diletakkan dalam beberapa bilik. Ia dihubungkan dengan kabel gentian optik (fibre-optic) halus yang tidak memerlukan anda untuk menebuk dinding. Kabel halus ini boleh dilekatkan pada bucu-bucu dinding dengan mudah dan memandangkan ia lutsinar, warnanya tidak akan mengganggu penampilan rumah.

Ia menggunakan gentian (fibre) 100 peratus dengan teknologi WiFi 6 untuk kelajuan terpantas, dengan kelajuan sehingga 2Gbps.

Bagi menyambut pelancaran produk baru ini, pelawat berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000, terdiri daripada satu unit perkhidmatan Gig Speed Home dan pemasangannya, langganan internet percuma selama setahun dan baucar IKEA. Untuk menyertainya, pelawat perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam sehingga tiga resit di IPC atau IKEA sebelum 22 Oktober 2023.

Layari laman web TIME untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version