Site icon TechNave BM

Anda dijemput ke acara PUBG MOBILE x Attack on Titan di Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti menarik menanti

Game mudah alih popular PUBG MOBILE kini sedang menganjurkan acara khas sempena kolaborasi dengan siri anime popular Attack on Titan. Para peminat game ini dijemput hadir ke pameran PUBG Mobile x Attack on Titan yang akan berlangsung di pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur sehingga 2 Jun 2025.

Ia juga diadakan sempena kemas kini PUBG MOBILE versi 3.8 “Dawn of the Steam Era” yang menggabungkan imej ikonik daripada Attack on Titan dan estetika steampunk ke dalam PUBG MOBILE, bagi membawa kandungan yang menarik kepada para pemain.

Di acara ini, para pengunjung boleh menyertai pelbagai misi menarik seperti:

Peserta yang melengkapkan semua misi di atas akan menerima pelekat eksklusif serta peluang untuk memutar roda hadiah. Anda juga boleh dapatkan satu peluang tambahan untuk memutar roda, dengan mengikuti akaun media sosial rasmi PUBG MOBILE. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah Unknown Cash (UC) dalam permainan bernilai RM5 hingga RM100 (60-1800 UC) serta barangan edisi terhad.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengunjung ke acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version