Site icon TechNave BM

Anda dijemput ke siaran langsung AR pelancaran OnePlus Nord Malaysia

Kami telah mendapat kad undangan menarik daripada OnePlus Nord Malaysia pada hari ini. Perlu diingatkan bahawa OnePlus Nord Malaysia adalah berbeza dengan One Plus sendiri. Kad jemputan ini adalah khas untuk peranti One Plus Nord yang bakal dilancarkan pada 21 Julai 2020. Untuk itu, kami ingin memberitahu anda apa yang boleh dijangkakan melalui siaran langsung tersebut.

Pada pandangan pertama, kad jemputan ini kelihatan biasa sahaja, tetapi apabila kad ini ditarik ke bawah, terdapat bahagian kad tambahan yang muncul di sebelah atas. Kad di sebelah atas memaparkan ucapan ringkas OnePlus kepada anda untuk relaks dan biarkan mereka persembahkan peranti baharu ini di ruang tamu anda yang selesa. Kad di bahagian bawah pula memaparkan kadbod berkualiti tinggi dengan kod QR khas untuk siaran langsung realiti terimbuh (AR).

Kad jemputan bukan biasa-biasa
Kadbod dengan kod QR untuk anda imbas
Selepas mengimbas kod QR, kadbod akan memunculkan peranti OnePlus Nord!
Aplikasi OnePlus Nord

Untuk anda yang ingin menonton siaran langsung AR ini, anda boleh memuat turun aplikasi OnePlus Nord yang tersedia di Apple App dan Google Play Store sekarang. Kami dimaklumkan bahawa anda memerlukan ruang yang agak luas (seperti ruang tamu) untuk pengalaman siaran langsung AR yang lebih mengujakan. Anda juga boleh reka avatar anda sendiri kerana secara virtualnya, anda menghadiri pelancaran ini!

OnePlus Nord Malaysia kelihatannya memberi usaha mantap untuk siaran langsung AR yang jarang berlaku di Malaysia. Sebagai tambahan, OnePlus Nord juga mempunyai kedai dalam talian sendiri di Shopee, jadi jangan lupa untuk berkunjung apabila ianya dilancarkan pada 21 Julai 2020. Adakah anda teruja dengan acara siaran langsung AR ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version