Bermula hari ini, Sony Malaysia akan menganjurkan acara Sony Expo 2024 yang berlangsung sehingga 4 Ogos 2024 di pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Anda dijemput untuk menghadiri acara ini bagi mencuba dan mengalami pelbagai produk canggih yang ditawarkan oleh Sony.
Pengunjung boleh lihat inovasi Sony dalam pelbagai kategori produk seperti televisyen, sistem audio, pengimejan digital dan banyak lagi. Beberapa paparan interaktif juga akan disediakan untuk menunjukkan bagaimana teknologi Sony boleh meningkatkan kualiti hidup anda, serta melihat komitmen Sony dalam mempromosikan kelestarian alam.
Selain itu, anda boleh menikmati pelbagai diskaun untuk katalog produk Sony, termasuklah televisyen, kamera dan sistem audio. Setiap pembelian juga akan disertakan dengan pelbagai hadiah menarik, serta berpeluang untuk menangi baucar tunai Touch ‘n Go, produk Sony atau barangan eksklusif.
Pengunjung yang membeli mana-mana televisyen bersaiz besar bersama soundbar yang dilancar pada 2024 akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah khas, di mana pemenang akan mendapatkan dua tiket penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat serta pakej persiaran VIP di Sony Pictures Studio.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

