Site icon TechNave BM

Anda dijemput untuk ke pameran vivo V29 5G dan berpeluang menangi hadiah menarik

vivo Malaysia kini menganjurkan jerayawara dan kempen khas untuk telefon pintar kelas pertengahan terbaru vivo V29 5G. Kempen ini digelar Shining Like A Star dan pengguna boleh mengambil gambar dengan perhiasan khas di sekitar jerayawara tersebut.

Kempen ini akan berlangsung di tiga lokasi sehingga 8 Oktober 2023 iaitu:

Jerayawara vivo V29 5G, Sunway Pyramid

Anda juga dijemput untuk menghasilkan video pendek sempena kempen ini dan memuat naik ke dalam TikTok untuk peluang memenangi hadiah menarik. Berikut adalah cara untuk menyertainya:

  1. Rekod detik-detik yang menunjukkan anda berkilauan seperti bintang, di mana-mana sahaja
  2. Muat naik video ke dalam TikTok dengan hashtag #V295GShiningLikeAStar sebelum 8 Oktober 2023 untuk peluang diterbitkan dalam majalah fesyen Grazia Magazine

Pemenang bertuah akan memenangi Joyoung AirFryer, Joyoung Rice Cooker dan fon telinga wayarles vivo.

Baru-baru ini, selebriti tempatan dan duta vivo Malaysia, Anna Jobling, telah menghadiri jerayawara vivo V29 5G di Sunway Pyramid untuk menyambut pelancaran telefon tersebut. Beliau berinteraksi dengan para peminatnya, sambil mempromosikan kualiti gambar yang diambil dengan kamera vivo V29 5G.

Buat mereka yang tidak mengetahui, vivo V29 5G adalah sebuah telefon khas untuk mereka yang suka mengambil gambar dan mencipta kandungan untuk dimuat naik ke dalam media sosial. Di belakang telefon, ia mempunyai lampu Aura Light 2.0 untuk mencerahkan muka dengan cahaya yang lembut sewaktu mengambil gambar potret dalam situasi malap.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version