Site icon TechNave BM

Anda kini boleh bayar “parking” guna kad Touch ‘n Go melalui PayDirect di Gurney Paragon Mall

Semalam, Touch ‘n Go Group telah mengumumkan bahawa semua pemandu di Pulau Pinang kini boleh menggunakan kad Touch ‘n Go untuk ruang letak kenderaan di Gurney Paragon Mall. Untuk pengetahuan anda, Gurney Paragon Mall adalah pusat beli-belah pertama yang menawarkan perkhidmatan PayDirect melalui kad Touch n’ Go, yang diaktifkan melalui Touch ‘n Go eWallet.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati pulangan wang 20% (sehingga RM1.00) bermula sekarang hingga 30 April 2021 apabila anda membayar ruang letak kenderaan menggunakan Touch ‘n Go PayDirect di Gurney Paragon Mall. Promosi ini terhad kepada satu kali pulangan wang untuk satu pengguna dalam tempoh promosi dan terhad kepada 10,000 penebusan pertama.

Dengan kewujudan sistem ini, pengguna tidak perlu lagi mencari kiosk Touch ‘n Go untuk menambah nilai kad, khas untuk membayar caj ruang letak kenderaan. Sistem ini juga boleh mengelakkan kesesakan di pintu masuk dan keluar terutama semasa hari sibuk atau waktu tutup pusat beli-belah.

Memandangkan PayDirect adalah melalui Touch ‘n Go eWallet (kerana anda menambah kad dalam Touch ‘n Go eWallet), caj letak kenderaan akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet anda. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version