Site icon TechNave BM

Anda kini boleh bermain Counter Strike 1.6 dalam pelayar web secara percuma

Kalau anda sudah lama bermain game, tentu anda pernah terjebak dalam fasa Counter Strike (CS) awal beberapa tahun lalu. Kini jika anda berasa nostalgik dan ingin bermain semula game lagenda ini, anda boleh memainkannya dalam pelayar web sahaja!

Anda boleh pergi ke laman web CS-ONLINE.CLUB untuk bermain CS 1.6 bersama rakan-rakan atau pemain di seluruh dunia. Perkhidmatan ini mempunyai pelayan (server) di Eropah, Canada, USA, India, Brazil dan beberapa negara Asia. Jika anda tidak mahu bermain dengan orang awam, anda boleh menyewa pelayan CS-ONLINE.CLUB untuk lebih privasi bersama rakan-rakan.

Kami sudah mencubanya dan corak permainannya masih sama seperti CS 1.6 yang asal. Walau bagaimanapun, banyak fail audio masih ketinggalan dalam versi percuma ini jadi ia rasa agak janggal. Anda juga tidak boleh menukar nama atau mengubah kawalan pada papan kekunci.

Malah, memandangkan ini bukanlah perkhidmatan rasmi daripada Valve, tidak pasti jika CS-ONLINE.CLUB ini adalah sah di sisi undang-undang. Jika anda ingin memainkan CS yang sah dan masih percuma, anda boleh cuba CS: Global Offensive namun ia tidak boleh dimainkan dalam pelayar web ya!

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin bermain CS melalui cara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version