Site icon TechNave BM

Anda kini boleh bermain sebagai Captain America dalam Fortnite

Pemain Fortnite kini boleh membeli watak Captain America untuk dimainkan dalam battle royale itu. Walaupun game tersebut boleh dimainkan secara percuma, watak ini perlu dibeli dengan harga 2,000 V-bucks (~RM86) daripada kedai dalam talian Fortnite.

Pemain yang membeli watak komik terkenal itu bukan sahaja mendapat penampilannya, malah perisai Captain America yang boleh digunakan sebagai kapak pickaxe dalam game. Sebelum ini, perisai tersebut boleh dimainkan dalam masa terhad namun kini pemain mampu memilikinya secara tetap.

Selain itu, terdapat juga gerakan (emote) khas bernama Grand Salute yang mempunyai bunga api bertemakan Captain America dan dijual pada harga 300 V-bucks. Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan Fortnite sebagai Captain America dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version