Site icon TechNave BM

Anda kini boleh bermesej di Instagram melalui komputer

Jika anda gemar menggunakan komputer untuk melayari Instagram anda, kini anda juga boleh bermesej (direct messaging) di platform media sosial tersebut melalui komputer anda. Perkhidmatan ini boleh digunakan sejak 10:00 malam, 10 April.

Instagram sudah pun menguji perkhidmatan ini sejak Januari lalu terhadap beberapa pengguna awal dan kini ia boleh digunakan oleh semua orang. Perkhidmatan ini tentunya memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna Instagram kerana mungkin ada antara mereka yang lebih gemar menaip menggunakan papan kekunci fizikal.

Dalam pada itu, CEO Facebook, Mark Zuckerberg, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat itu merancang untuk membenarkan permesejan di antara Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Adakah ini akan membantu dalam penggunaan Instagram anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version