Site icon TechNave BM

Anda kini boleh buat panggilan video dengan pasangan yang sudah ‘match’ di Tinder

Anda mungkin sedang menghadapi waktu yang sukar semasa pandemik memandangkan kita tidak sebebas dahulu. Namun, kewujudan teknologi menjadikan pelbagai perkara dapat dilakukan termasuklah sebuah pertemuan. Seiring dengan itu, aplikasi dating popular Tinder telah menyediakan fungsi panggilan video terbaru.

Fungsi yang diberi nama Face to Face ini bakal tiba di aplikasi Tinder kelak. Menurut Tinder, mereka telah menguji ciri ini dan mendapat maklum balas yang baik dari pengguna yang dapat mengakses awal fungsi ini. Selain itu, Tinder turut memperkenal ciri Photo Verification, Safety Center dan teknologi pengesanan mesej berbaur negatif.

Ciri panggilan video Face to Face ini adalah seperti panggilan biasa. Namun, kedua-dua pihak perlu sudah sedia dipadankan atau match untuk menggunakan fungsi panggilan video ini. Anda juga boleh memilih untuk tidak menjawab panggilan dan melaporkan sekiranya ada yang menganggu anda melalui panggilan di aplikasi Tinder.

Ciri ini sudah tersedia di beberapa negara lain. Mungkin pengguna Tinder di Malaysia perlu menunggu dalam waktu tertentu untuk ciri ini tersedia digunakan.

Apakah pendapat anda mengenai ciri ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version