Site icon TechNave BM

Anda kini boleh buat TikTok guna lagu atau muzik dari Universal Music Group

TikTok ialah sebuah laman media sosial berfokuskan video yang popular di Malaysia. Untuk menyiarkan kandungan di TikTok, kebanyakan video memerlukan latar belakang muzik. Terkini, sumber melaporkan bahawa anda sudah boleh menggunakan lagu atau muzik dari Universal Music Group.

TikTok dan Universal Music Group (UMG) telah mengumumkan kolaborasi globalnya. Kolaborasi ini membuka peluang kepada pengguna untuk menyertakan muzik dari UMG ke dalam video TikTok mereka. Pengguna bakal mendapat akses klip dari katalog penuh UMG dan artis di bawah UMG akan dibayar untuk penggunaan muzik mereka.

Menurut sumber, TikTok juga sedang merancang untuk membenarkan pengguna menambah pautan produk dalam video mereka. Platform ini turut merancang untuk fungsi beli-belah dalam talian, namun masih tiada bukti sahih mengenai fungsi ini.

Adakah anda salah seorang pengguna TikTok? Kongsikan pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version