Site icon TechNave BM

Anda kini boleh daftar untuk pra-tempah PlayStation 5

Buat para peminat Sony PlayStation di luar sana, anda kini boleh berdaftar dengan Sony untuk membuat pra-tempahan konsol PlayStation 5 (PS5) sebaik sahaja ia dibuka kelak. Memandangkan kuantiti yang boleh dipra-tempah adalah terhad, Sony membuka pendaftaran ini hanya untuk pegguna PlayStation sedia ada yang sudah mempunyai PlayStation Network ID (PSN ID).

Pelanggan yang berminat hanya perlu meninggalkan PSN ID mereka di laman web ini. Menurut FAQ, pelanggan akan dipilih berdasarkan “minat dan aktiviti PlayStation sebelum ini.” Pelanggan yang bertuah akan dimaklumkan melalui emel di mana arahan lanjut akan diberikan dan mereka perlu bertindak segera.

Mereka yang dipilih akan berpeluang untuk membeli produk di bawah:

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah berdaftar untuk pra-tempahan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation

Exit mobile version