Site icon TechNave BM

Anda kini boleh dapatkan realme C15 dengan harga serendah RM499!

Sejak dari tahun lalu lagi, realme Malaysia telah melancarkan beberapa telefon pintar kelas permulaan dari siri realme C. Hari ini, realme Malaysia telah mengemas kini harga terbaru telefon pintar tersebut. Selain dari itu, realme Malaysia turut memberitahu tarikh jualan untuk peranti baru mereka yang lain.

Berikut adalah harga baru untuk peranti dari Siri C :

Jika anda berminat dengan peranti ini, anda boleh membelinya di kedai rasmi realme dalam talian (Lazada, Shopee) atau di kedai fizikal.

realme akan mula menjual fon telinga baru mereka, realme Buds Air 2 pada 3 April ini di semua kedai dalam talian realme dan pengedar yang sah. Peranti ini hadir dengan ciri pembatalan hingar dan dijual dengan dua warna berbeza iaitu Closer Black (hitam) dan Closer White (putih).

Selain itu, telefon pintar baru realme, realme Narzo 30A akan bermula dijual bermula 4 April ini di kedai dalam talian realme di Shopee. Peranti ini hadir dengan cipset Mediatek Helio G85, bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 18W dan skrin 6.5 inci LCD.

Aksesori gaming realme, realme Mobile Game Finger Sleeves dan realme Cooling Back Slip juga mula dijual pada 4 April ini.

Nantikan promosi yang lain di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version