Site icon TechNave BM

Anda kini boleh ‘drag-and-drop’ fail antara PC dan telefon dengan aplikasi Your Phone oleh Microsoft

Aplikasi Your Phone oleh Microsoft yang membenarkan pengguna untuk menggunakan telefon pintar mereka daripada PC, kini mempunyai ciri di mana pengguna boleh memindahkan fail antara telefon dengan PC secara drag-and-drop.

Menurut seorang pekerja Microsoft, Roberto Bojorquez, ciri tersebut sedang diberikan secara beransur-ansur kepada pengguna Windows. Walau bagaimanapun, aplikasi Your Phone setakat ini hanya boleh digunakan dengan peranti Samsung.

Your Phone adalah aplikasi yang menarik kerana anda boleh mengakses telefon pintar menggunakan PC di mana anda boleh membuat panggilan, memeriksa notifikasi dan mengakses aplikasi dalam telefon melalui PC.

Adakah anda menggunakan aplikasi Your Phone dalam PC anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version