Site icon TechNave BM

Anda kini boleh gabungkan gambar, video dan GIF dalam satu ciapan Twitter

Jika anda sering menggunakan Twitter untuk berkongsi gambar dan video, anda kini boleh menggabungkan pelbagai format media dalam satu ciapan (tweet).

Bermula hari ini, pengguna boleh memasukkan gambar, video dan animasi GIF dalam satu ciapan, di samping had teks sebanyak 280 aksara. Fungsi ini telah diuji dengan pengguna terpilih sejak beberapa bulan lalu, dan kini ia disediakan untuk semua pengguna Twitter.

Antara contoh ciapan yang menggunakan fungsi ini sepenuhnya adalah seperti berikut:

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan fungsi baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version