Site icon TechNave BM

Anda kini boleh guna Touch ‘n Go eWallet di McDonald’s, termasuk Drive-Thru dan McDelivery!

Berita ini mungkin berita gembira untuk rakyat Malaysia yang sering mengunjungi McDonald’s. Terkini, anda boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk pembayaran tanpa tunai di restoran McDonald’s di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, lebih kurang 300 restoran McDonald’s di seluruh negara Malaysia kini menerima pembayaran tanpa tunai dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Anda boleh menggunakan e-dompet ini sama ada di kaunter, penghantaran McDelivery atau melalui Drive-Thru.

Sempena kolaborasi baru dari Touch ‘n Go eWallet dan McDonald’s ini, anda boleh mendapat pulangan tunai RM5 dengan pembelian minimum RM25 menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Promosi ini sah di semua kaunter McDonald’s, penghantaran McDelivery atau melalui Drive-Thru di seluruh Malaysia bermula 2 November hingga 31 Disember 2020.

Maklumat lanjut ada di laman web rasmi tngdigital.com.my.

Adakah anda teruja dengan kemudahan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version