Site icon TechNave BM

Anda kini boleh gunakan akaun Google untuk daftar masuk ke dalam Twitter

Pengguna media sosial Twitter dalam Android kini boleh mendaftar masuk (log in) ke dalam akaun mereka menggunakan akaun Google. Walau bagaimanapun, buat masa ini ia hanya akan dihadkan kepada pengguna yang telah berdaftar dengan versi beta sahaja.

Dalam kemas kini beta Twitter v9.3.0-beta.04, pengguna Android boleh memilih untuk menggunakan butiran dalam akaun Google mereka seperti nama penuh dan alamat emel ke dalam Twitter. Ini juga akan memudahkan proses pendaftaran masuk di mana mereka tidak perlu lagi menggunakan kata laluan yang berasingan untuk Twitter.

Jika akaun Twitter anda sudah pun dibina menggunakan alamat emel Gmail, anda boleh menggunakan fungsi ini secara automatik, dengan syarat telefon Android yang digunakan sudah pun didaftarkan di bawah akaun Google anda. Buat mereka yang tidak menggunakan Gmail, setakat ini anda mungkin tidak boleh mendaftar masuk ke dalam Twitter menggunakan akaun Google anda.

Walaupun ia masih lagi dalam peringkat ujian beta, kami jangkakan fungsi ini akan diperkenalkan kepada pengguna awam dalam masa terdekat. Twitter juga dilapor sedang membangunkan fungsi yang serupa untuk para pengguna iOS.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5 Google

Exit mobile version