Site icon TechNave BM

Anda kini boleh gunakan Google dengan mod gelap dalam pelayar web komputer

Baru-baru ini, perkhidmatan enjin carian Google telah melancarkan fungsi mod gelap (dark theme) untuk laman webnya dalam pelayar web komputer (desktop web browser). Ciri tersebut telah pun dikesan sejak Februari lalu dan kini Google telah merasmikannya pada 10 September 2021.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna anda boleh mengaktifkan fungsi tersebut pada hari ini kerana Google mengatakan fungsi tersebut bakal diberikan secara beransur-ansur selama beberapa minggu.

Untuk mengaktifkannya apabila ia ditawarkan kepada anda, pergi ke Settings > Search Settings > Appearance > pilih Device default, Dark atau Light.

Mod gelap akan dikekalkan dalam laman utama Google serta hasil carian. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan mod gelap dalam Google dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Support

Exit mobile version