Jika sebelum ini anda perlu memadam mesej yang dihantar jika anda tidak ingin pembaca menyimpan mesej tersebut. Facebook kini mengumumkan ciri Vanish Mode; anda boleh menghantar mesej yang akan hilang selepas dibaca oleh pembaca. Fungsi ini boleh digunakan sama ada di Facebook Messenger atau Instagram.
Bersesuaian dengan nama Vanish Mode, anda boleh menghantar mesej berbentuk teks, gambar, GIF, mesej suara dan pelekat (sticker). Mesej ini kemudiannya akan hilang selepas ianya dibuka oleh pembaca atau selepas pembaca meninggalkan perbualan.
Apa pun, Vanish Mode tidak akan ditetapkan dalam tetapan lalai (default). Anda perlu mengaktifkannya di dalam ruang perbualan dengan menyeret ke atas (swipe up) dan memilih menu Vanish Mode. Tambah Facebook, pengguna akan mengetahui jika seseorang mengambil tangkapan skrin (screenshot) untuk mesej tersebut.
Untuk keselamatan, anda juga boleh melaporkan mesej walaupun ianya menggunakan Vanish Mode. Mesej yang dilapor akan dikekalkan dalam sistem sehingga satu jam selepas ianya hilang untuk memastikan siasatan terhadap laporan dapat dijalankan dan mengambil tindakan (jika perlu).
Sudahkah anda mencuba ciri Vanish Mode ini? Jika belum, ianya mungkin akan tiba di aplikasi Facebook Messenger dan Instagram anda dalam waktu terdekat. Perlu diingatkan bahawa anda perlu mengemaskini aplikasi anda. Beritahu pandangan anda di Facebook kami mengenai ciri Vanish Mode dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Techcrunch

