Site icon TechNave BM

Anda kini boleh lihat 10 tajuk dalam Netflix yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia

Perkhidmatan pelayaran filem dan siri TV dalam talian Netflix kini mempunyai ciri untuk pengguna melihat 10 siri atau filem yang paling mendapat sambutan dalam negara.

Menurut blog rasmi Netflix, ia bukan sahaja akan mempunyai senarai 10 tajuk keseluruhan yang paling mendapat sambutan, tetapi juga terdapat senarai asing untuk filem dan siri TV. Ia akan dikategorikan mengikut negara dan dikemas kini setiap hari.

Contoh senarai 10 teratas di Amerika Syarikat.

Senarai baru ini akan muncul dalam antara muka Netflix dan ia juga akan dipengaruhi oleh tajuk yang anda sudah pun tonton. Sebagai contoh, jika anda lebih kerap menonton animasi, anda akan nampak lebih banyak animasi muncul dalam senarai tersebut. Siri yang tersenarai dalam 10 teratas akan dipaparkan dengan sebuah lencana kecil yang memudahkan pengguna untuk melihatnya.

Jika anda adalah pengguna Netflix, adakah ini satu ciri yang akan memudahkan sesi tontonan anda? Kongsi di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version