Site icon TechNave BM

Anda kini boleh membuat pembayaran melalui WhatsApp di Singapura

Dengan menggunakan Stripe Connect dan Stripe Checkout, anda kini boleh membayar perniagaan dalam sembang WhatsApp sekiranya anda di Singapura. Ini menunjukkan perkongsian antara Meta dan Stripe supaya pengguna WhatsApp Singapura boleh membayar menggunakan kad kredit, kad debit atau PayNow Singapura.

Namun, ciri tersebut hanya disediakan untuk perniagaan tertentu buat masa ini. Jika anda ingin melihat sama ada perniagaan anda boleh berbuat demikian, anda boleh menyediakannya melalui WhatsApp Business di mana anda juga akan mendapat akaun Stripe jika anda belum memilikinya.

Ciri ini cukanlah sesuatu yang baru dalam satu aplikasi sembang kerana WeChat turut mempunyai sistem pembayaran dalam talian di China. Untuk memudahkan pengguna Malaysia, kami berharap ciri ini turut dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda diĀ FacebookĀ kamiĀ dan teruskan bersamaĀ Rakan Teknologi Utama MalaysiaĀ untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version