Site icon TechNave BM

Anda mungkin boleh memilih e-dompet untuk urusan pembayaran kepada Jabatan Imigresen Malaysia

Seiring dengan pelan Malaysia menuju ke platform digital, pelbagai organisasi telah melaksanakan urusan pembayaran melalui sistem dalam talian. Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu jabatan kerajaan terawal yang menyediakan perkhidmatan pembayaran digital ini.

Sistem e-payment ini telah mula beroperasi sejak Disember 2019 yang kini agak mendapat sambutan ramai. Sepintas lalu, bahagian keselamatan, pasport, visa, pas dan permit di Putrajaya telah mula menerima pembayaran melalui e-payment. Bagaimanapun, semua pejabat imigresen dan UTC lain akan mula menerima e-payment pada 1 Jun 2020. Sumber juga melaporkan jika urusan e-payment ini berjalan dengan lancar, Jabatan Imigresen Malaysia juga akan cuba membenarkan e-dompet untuk urusan pembayaran.

Walaupun sistem e-payment akan dilaksanakan sepenuhnya, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia masih menerima tunai di kaunter penguatkuasaan dan untuk penerimaan deposit. Untuk maklumat lanjut anda boleh mengunjungi laman web rasmi atau Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.

Anda pernah melalukan pembayaran melalui e-payment? Beritahu di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dalam dan luar negara terkini.

Sumber: New Straits Times

Exit mobile version