Site icon TechNave BM

Anda kini boleh memindahkan senarai main antara Apple Music dan YouTube Music

Apple telah menerbitkan dua dokumen bantuan yang menggariskan syarat untuk memindahkan senarai main antara Apple Music dan YouTube Music. Perlu diingatkan bahawa pemindahan ini tidak terpakai untuk aplikasi Spotify buat masa ini.

Hanya senarai main yang telah anda hasilkan akan dipindahkan. Fail muzik, senarai main kongsi bukan kolaboratif, senarai main pilih susun dan folder tempat anda menyusun senarai main Apple Music tidak akan dipindahkan.

Sama juga seperti ingin memindahkan senarai pada Apple Music, hanya lagu sahaja yang ada dalam senarai main. Jika salah satu lagu dalam senarai main yang ingin dipindahkan tidak tersedia pada platfrom yang dipilih, maka lagu tersebut tidak akan dipindahkan.

Keseluruhan proses biasanya mengambil masa beberapa minit tetapi ia boleh meningkat sehingga beberapa jam bergantung pada bilangan senarai main yang dipindahkan. Adakah anda akan memindahkan senarai main atau menunggu ketersediaan pada Spotify?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple 1|2

Exit mobile version