Site icon TechNave BM

Anda boleh gunakan “controller” PlayStation 5 untuk bermain “game” PC dalam Steam

Perkhidmatan gaming digital PC, Steam, kini mengumumkan bahawa ia menyokong penggunaan controller PlayStation 5 (PS5) DualSense. Controller tersebut boleh dimainkan untuk pelbagai game PC termasuklah Death Stranding, No Man’s Sky dan Horizon Zero Dawn.

Controller PS5 akan dihubungkan kepada game PC anda melalui perantaraan Steam Input API dan pemain boleh melaraskan lampu LED, trackpad, getaran (rumble) dan fungsi gyro untuk kawalan game mereka, selagi game itu berfungsi dengan Steam Input API. DualSense adalah controller terbaru yang mendapat sokongan Steam, di samping lebih 200 controller lain termasuk controller PlayStation 4.

Sebelum ini, DualSense dilaporkan boleh berfungsi di dalam PC namun ia memerlukan bantuan daripada perisian pihak ketiga. Steam mengatakan peratusan pemain game PC yang menggunakan controller konsol adalah sangat tinggi, sehingga 60% untuk game PC mesra controller. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan controller DualSense dengan PC anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Steam

Exit mobile version