Terkini, kami mendapati bahawa Touch ‘n Go telah menyediakan perkhidmatan terbaru, ‘Cross-Border Payment Service’. Perkhidmatan ini adalah untuk kemudahan anda semasa berada di negara lain!
Kelihatannya, Touch ‘n Go mungkin berkolaborasi bersama Alipay untuk menyediakan servis ini. Ini kerana anda dapat melihat platform pembayaran Alipay Connect semasa urusan pembayaran dilakukan. Apa yang penting, kemudahan ini memberi pilihan kepada pengguna agar tidak lagi khuatir untuk menyediakan bekalan wang tunai.
Setakat ini, perkhidmatan ini hanya tersedia di negara Jepun. Walau bagaimanapun, Touch ‘n Go memaparkan bahawa mereka akan menyediakan perkhidmatan ini di negara-negara lain juga selepas ini. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu klik pada ikon ‘Pay’. Semudah itu sahaja, anda kemudian boleh menunjukkan QR Code yang terpapar di skrin untuk meneruskan pembayaran.
Beritahu berita ini kepada rakan-rakan anda di luar negara, terutama di Jepun dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Aplikasi Touch ‘n Go

