Site icon TechNave BM

Anda kini boleh menikmati penerbangan lebih berpatutan dengan Malaysia Airlines

Terkini, salah satu syarikat penerbangan utama di Malaysia, Malaysia Airlines menawarkan tiga pilihan tambang penerbangan yang berpatutan bermula hari ini.

Anda boleh memilih sama ada tambang Lite, Basic atau Flex bergantung kepada keperluan anda. Pilihan tambang Lite akan mendapat kemudahan bagasi kabin percuma sehingga 7kg dan makanan percuma. Untuk pilihan Lite ini, anda tidak akan mendapat naik taraf Enrich Miles, tiada bagasi check-in dan tiada pilihan tempat duduk.

Kategori Basic pula hadir dengan tawaran sama bagasi kabin sehingga 7kg dan makanan percuma, tetapi berbeza pada tawaran bagasi check-in 20kg percuma dan diskaun 10% kepada penumpang kanak-kanak.

Penumpang tambang Flex pula bakal mendapat semua kelebihan kelas ekonomi termasuklah bagasi check-in 30kg, naik taraf Enrich Miles, mendapat pulangan semula dan menempah semula. Apa yang menarik, tambang Flex turut menawarkan fleksibiliti dan menukar tarikh penerbangan anda!

Apa pun, penumpang yang sudah menempah awal daripada tarikh 18 Februari tidak akan mengalami apa-apa perubahan. Anda boleh mengunjungi laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Adakah anda bakal menggunakan perkhidmatan penerbangan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: The Edge Markets

Exit mobile version