Site icon TechNave BM

Anda kini boleh menjadi samurai melalui kemunculan game Samurai Jack: Battle Through Time pada Jun ini

Berita ini merupakan berita gembira untuk penuntut institusi gaming. Masih ingatkah anda Samurai Jack dalam siri kartun Cartoon Network? Terkini, Samurai Jack kembali dalam game terbaru Samurai Jack: Battle Through Time yang dibangunkan oleh Adult Swim Games dan Soleil Games. Game ini bakal hadir untuk dimainkan di PS4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch pada musim panas ini (bulan Jun).

Anda kini boleh menjadi Samurai Jack dan mengalahkan Aku dalam pelbagai garis masa yang berbeza. Apakah takdir anda sebagai Samurai Jack? Adakah anda bakal mengalahkan Aku? Sepintas lalu, pada siri kartun yang lepas, Samurai Jack tidak berhenti berusaha untuk mengalahkan Aku, tetapi Samurai Jack kecewa dek kerana perpisahan dengan kekasihnya, Ashi.

Adakah anda bakal menjadi Samurai Jack? Kongsikan pendapat anda mengenai game ini di laman Facebook kami. Untuk berita gaming terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: IGN

Exit mobile version