Site icon TechNave BM

Anda kini boleh menonton Instagram Live melalui komputer anda

Baru-baru ini, Instagram (IG) telah membenarkan pengguna untuk menonton siaran langsung IG Live dalam komputer mereka. Pengguna hanya perlu klik pada gambar profil IG Live yang ingin ditonton di sebelah kanan skrin, seperti jika anda ingin menonton IG Stories.

Sebelum ini, IG Live hanya boleh ditonton melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet. Jika pengguna ingin menggunakan komputer untuk menontonnya pun, mereka perlu mengambil beberapa langkah yang melecehkan kerana IG Live tidak disokong dalam komputer secara rasmi.

TechNave telah mencuba ciri baru ini dan ia berfungsi dengan baik sekali. Pengguna boleh beri komen seperti jika mereka menonton IG Live dalam telefon pintar dan kualiti video pula sangat jelas. Namun, pengguna masih tidak boleh memulakan IG Live melalui komputer, mereka hanya boleh menonton sahaja.

Sebelum ini, IG juga membolehkan pengguna untuk menggunakan pemesejan terus (direct messaging) dalam komputer. Beritahu kami di Facebook jika anda lebih kerap menggunakan IG dalam komputer berbanding telefon dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version