Site icon TechNave BM

Anda kini boleh mohon temujanji vaksin COVID-19 melalui ruang Helpdesk dalam MySejahtera

MySejahtera kini akan membuka permohonan temu janji awal untuk pemvaksinan COVID-19 buat situasi tertentu, melalui seksyen Helpdesk dalam aplikasi MySejahtera atau laman web MySejahtera. Situasi tertentu ini adalah:

  1. Pelajar yang perlu ke luar negara untuk menyambung pengajian
  2. Sudah mendapat tarikh temu janji, namun ingin menukarnya
  3. Pemohon atau tanggungannya terlantar di katil dan memerlukan vaksinasi di rumah
  4. Pemohon adalah penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU) atau warga emas
  5. Pesakit yang perlu ke luar negara untuk rawatan
  6. Pekerja yang bekerja di luar negara dan perlu berpindah ke negara itu
  7. Ahli perniagaan yang perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan

Selain itu, permohonan melalui email permohonan@vaksincovid.gov.my akan ditutup kerana ia kini boleh dilakukan dalam ruangan Helpdesk MySejahtera.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version