Site icon TechNave BM

Anda kini boleh muat turun versi awal Windows 11, berikut adalah caranya

Sistem operasi komputer Windows 11 telah dilancar pada minggu lepas namun jika anda ingin mula menggunakannya, anda perlu tunggu beberapa bulan lagi sebelum versi komersial diperkenalkan kepada pelanggan.

Walau bagaimanapun, jika anda tekad untuk menjadi antara yang terawal menggunakan sistem operasi tersebut, anda boleh memuat turunnya sekarang dengan program Windows Insiders. Microsoft telah membenarkan orang awam untuk memuat turun Windows 11 Preview Build (22000.51) namun mereka yang ingin mencubanya harus berdaftar dengan Windows Insiders Program.

Untuk menyertai, anda pelu pergi ke Settings > Update & Security > Windows Insider Program > Get Started. Selepas anda sudah berdaftar, pilih senarai Dev Channel.

Anda harus semak sama ada komputer anda mampu mencapai keperluan spesifikasi untuk memasang Windows 11 seperti pemproses dwi-teras 1GHz, RAM 4GB, storan 64GB, grafik DirectX 12 dan skrin 720p. Selain itu, anda perlu sedar bahawa ini bukanlah versi akhir jadi anda perlu jangkakan masalah dan bug yang boleh dialami sewaktu menggunakannya.

Versi Windows 11 Preview Build 22000.51 menampilkan rekaan antara muka (UI) yang telah ditunjukkan dalam pelancarannya pada minggu lepas, seperti Start Menu di bahagian tengah, tetingkap (window) dengan corak kaca, Widget Drawer, Snap Layout dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version