Site icon TechNave BM

Anda kini boleh pesan melalui WhatsApp, ambil barang di Tesco

Terkini, Tesco telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan Pesan & Ambil pada 53 daripada 60 cawangan Tesco di seluruh negara untuk memberi kemudahan kepada pelanggan. Usaha ini sekaligus membantu pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berjalan.

Selain Tesco Online, perkhidmatan ini membenarkan anda memesan barangan melalui WhatsApp sahaja. Apabila menerima pesanan pelanggan, Pembeli Peribadi Tesco yang ditugaskan akan memberi anggaran masa pengambilan dan menghantar kod bar peribadi untuk harga keseluruhan melalui WhatsApp. Pelanggan kemudian boleh datang ke cawangan Tesco yang dipilih dan membuat pembayaran di kaunter bayaran khusus untuk Pesan & Ambil. Anda hanya perlu tunjukkan kod bar yang diberi tadi dan bayar sama ada melalui wang tunai, kad debit, kad kredit atau e-dompet.

Anda boleh membuat pesanan melalui WhatsApp pada pukul 8 pagi hingga 4 petang setiap hari dan pengambilan sebelum 6 petang pada hari yang sama. Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan lebih untuk Pesan & Ambil. Untuk mendapatkan nombor WhatsApp Tesco berdekatan, anda boleh ke laman web ini.

Kami berharap agar anda dapat menggunakan perkhidmatan ini sebagai satu usaha untuk mengurangkan waktu berada di luar rumah. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version