Site icon TechNave BM

Anda kini boleh semak lokasi mengundi untuk PRN-15 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan tarikh mengundi untuk Pilhan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada 12 Ogos 2023 untuk negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Seperti Pilihan Raya Umum (PRU), anda boleh menyemak pusat mengundi, saluran dan masa mengundi yang digalakkan secara dalam talian. Anda boleh klik di sini untuk terus ke halaman MySPR Semak, kemudian tekan pada Semakan Daftar Pemilih.

Seperti dalam imej di atas, anda dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan CAPTCHA yang disediakan. Setelah anda menekan butang Semak, halaman akan mengeluarkan butiran peribadi dan pengundian.

Adakah anda sudah bersedia untuk mengundi calon PRN-15 kali ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version