Site icon TechNave BM

Anda kini boleh sembunyikan nombor Meeting ID, elakkan digodam melalui Zoom

Jika sebelum ini kita sudah ketahui tentang beberapa masalah siber dalam Zoom yang digunakan untuk melangsungkan pertemuan atau mesyuarat dalam talian, kini Zoom hadir dengan berita baik. Zoom kini hadir dengan kemas kini untuk meningkatkan tahap keselamatan mesyuarat anda.

Kemas kini tersebut menyembunyikan nombor Meeting ID anda daripada bar tajuk. Ini bermakna jika anda membuat tangkapan skrin (screenshot), kod ID anda tidak akan kelihatan. Terdapat juga butang keselamatan pada paparan penganjur mesyuarat untuk mengakses ciri keselamatan. Anda boleh melihat kemas kini lain pada gambar di bawah.

Walaupun kemas kini ini kelihatan seperti usaha yang kecil, namun ia memberi kesan yang agak besar kerana sebelum ini nombor ID telah digunakan untuk ‘Zoombombing’. Mesyuarat anda mungkin boleh diceroboh dan penggodam akan meletakkan gambar yang tidak senonoh dalam mesyuarat anda.

Sudahkah anda mengemas kini Zoom? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita kemas kini teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version