Site icon TechNave BM

Anda kini boleh tambah nilai prabayar Touch ‘n Go di Shell tanpa caj 50 sen

Jika anda rasa menyampah dengan caj 50 sen yang dikenakan setiap kali anda menambah nilai prabayar kad Touch ‘n Go (TnG) anda, kini anda tidak perlu lagi membayar caj tersebut di stesen-stesen Shell terpilih.

Pelanggan boleh berbuat demikian di semua stesen Shell di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Hubungan Tengah Lebuhraya Utara-Selatan (ELITE) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ini adalah pertambahan lebuhraya baru selepas Shell menawarkan pembayara TnG tanpa caj di stesen-stesen dalam Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Januari lalu.

Shell mengatakan langkah ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan sewaktu kos sara hidup semakin tinggi.

Beritahu kami di Facebook jika ini adalah sesuatu yang akan membantu perbelanjaan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Edge

Exit mobile version