Site icon TechNave BM

Anda kini boleh tempah makanan FamilyMart melalui foodpanda dan PandaMart

Adakah ini benar? Ya. Terkini, FamilyMart telah memuat naik sebuah perkongsian melalui laman Facebooknya bahawa anda boleh memesan barang terpilih dengan menggunakan PandaMart dan foodpanda.

Untuk pengetahuan anda, penawaran penghantaran melalui foodpanda ini hanyalah untuk cawangan FamilyMart terpilih di Lembah Klang dan untuk barangan terpilih sahaja. Anda juga perlu memeriksa adakah tempat tinggal anda terpilih untuk penghantaran ini. Bukan itu sahaja, anda dapat menikmati penghantaran percuma sehingga 15 Mei ini!

Cawangan FamilyMart terpilih yang tersedia untuk menawarkan tempahan penghantaran foodpanda:

Adakah kawasan anda terpilih? Beritahu kami produk FamilyMart kegemaran anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FamilyMart

Exit mobile version