Site icon TechNave BM

Anda kini boleh tetapkan tarikh luput untuk fail dalam Google Drive

Perkhidmatan storan awanan Google Drive kerap digunakan untuk perkongsian fail dengan beberapa orang serentak dan fail tersebut boleh diakses pada bila-bila masa, selagi anda mempunyai pautan (link) untuk fail itu. Ini mungkin akan menimbulkan kerisauan buat pemilik fail di mana ia mungkin boleh diakses oleh individu yang tidak dikenali pada masa hadapan.

Mujur sekali, Google Drive kini menampilkan fungsi di mana pengguna boleh menetapkan waktu tamat (expiration) untuk akses kepada sebuah fail. Apabila anda berkongsi sebuah fail daripada Google Drive, anda boleh tetapkan waktu tamat untuknya buat para penyunting (editors), penonton (viewers) dan pengulas (commenters).

Ini akan memudahkan pemilik fail kerana beliau tidak perlu lagi mematikan akses kepada fail secara manual. Google juga merancang untuk memperkenalkan fungsi tamat tempoh ini untuk My Drive On Android pada hujung November 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memanfaatkan fungsi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Blog

Exit mobile version