Jika anda ingin menonton sebuah video Instagram Reels namun anda tidak mempunyai masa yang lama untuk menontonnya secara penuh, anda kini boleh menontonnya dengan kelajuan dua kali ganda lebih pantas. Instagram baru sahaja memperkenalkan fungsi tontonan dua kali ganda lebih pantas ini dan ia merupakan ciri yang amat dinanti oleh pengguna.
Untuk menonton Reels pada kelajuan ini, anda hanya perlu tekan lama (hold) pada bahagian sisi kanan atau kiri skrin. Fungsi ini serupa seperti yang ditawarkan dalam TikTok.
Memandangkan lebih ramai pencipta kandungan memuat naik video yang panjang ke dalam Instagram Reels, fungsi ini pasti akan digunakan oleh ramai pengguna.
Beritahu kami di Facebook jika ini ciri yang anda akan guna dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

