Site icon TechNave BM

Anda kini diberi masa sehingga 2 hari untuk padamkan mesej WhatsApp

Para pengguna aplikasi pemesejan WhatsApp kini boleh memadam (unsend) mesej yang dihantar dalam masa dua hari selepas ia dikirimkan. Sebelum ini, jika anda ingin memadam mesej yang salah dihantar, anda hanya mempunyai masa sejam sebelum ia tidak boleh dipadamkan.

Apabila mesej dipadamkan dalam lingkungan dua hari, mesej tersebut tidak boleh dilihat oleh penghantar dan penerima. Jika mesej dipadam selepas tempoh tersebut, mesej hanya akan dipadamkan pada telefon penghantar, namun penerima masih boleh membaca mesej itu.

Untuk memadam mesej, anda hanya perlu tekan lama (hold) pada mesej yang ingin dipadamkan kemudian anda boleh pilih Padam Untuk Diri Sendiri (Delete for me) atau Padam Untuk Semua Orang (Delete for Everyone).

Sungguh pun begitu, untuk fungsi ini berfungsi sepenuhnya, semua pengguna harus menggunakan kemas kini WhatsApp yang terkini.

Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version