Menteri Pengangkutan Anthony Loke baru-baru menjelaskan bahawa warganegara Malaysia masih layak menerima subsidi minyak Budi Madani RON95 (BUDI95) walaupun anda mempunyai saman yang tertunggak.
Beliau membuat kenyataan ini bagi menjelaskan sebuah laporan media yang mengatakan pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak boleh lagi mendapatkan subsidi BUDI95 selepas 31 Disember 2025.
Beliau berkata kelayakan subsidi BUDI 95 dan saman tertunggak adalah dua mekanisme yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.
Untuk maklumat, individu yang ingin mendapatkan subsidi BUDI95 perlu mempunyai MyKad untuk membuktikan kewarganegaraannya serta memiliki lesen memandu yang aktif. Jika lesen anda sudah melepasi tarikh luput, anda masih boleh dapatkan subsidi BUDI95 selagi ia tidak melebihi tiga tahun daripada tarikh luput.
Kewujudan saman tidak akan menjejaskan kelayakan anda untuk mendapatkan BUDI95.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya supaya patuh dengan undang-undang trafik demi keselamatan awam. Beliau turut menasihati orang ramai untuk rujuk pada kenyataan rasmi daripada kerajaan sahaja untuk maklumat yang sah.
Kami juga mencadangkan para pembaca supaya bayar saman anda secepat mungkin supaya anda tidak dikenakan tindakan pada masa hadapan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

