Site icon TechNave BM

Anda mungkin bakal boleh gunakan WhatsApp dalam beberapa peranti serentak

Kemas kini WhatsApp terbaru mungkin telah memberi petunjuk bahawa aplikasi pemesejan itu akan memperkenalkan ciri bari untuk membenarkan beberapa peranti menggunakan nombor WhatsApp yang sama pada masa serentak. Menurut WABetaInfo, WhatsApp versi beta v2.20.110 mempunyai beberapa baris kod yang akan memperkenalkan ciri itu pada masa hadapan.

Mereka berjaya mendapatkan pemberitahuan khas daripada WhatsApp selepas kod E2E (end-to-end encryption) mereka diubah. Pemberitahuan tersebut bertulis “—‘s device list changed. Tap for more info (Senarai peranti milik — telah ditukar. Tekan untuk lebih banyak maklumat)” dan “Your security code with —T changed, because they logged in or out from multiple devices (Kod keselamatan anda dengan —T telah bertukar kerana ia didaftar masuk atau keluar daripada beberapa peranti).”

Walaupun cara pelaksanaan ciri baru ini masih tidak jelas, tentunya ini adalah sesuatu yang menarik. Semakin ramai orang kini memiliki lebih daripada satu peranti, jadi jika ciri ini diperkenalkan, ia akan meringkaskan proses pemesejan dengan lebih cekap. Aplikasi-aplikasi pemesejan lain seperti Telegram sudah pun melaksanakan ciri ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda menginginkan ciri ini dalam WhatsApp anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version