Site icon TechNave BM

Anda mungkin boleh dermakan wang kepada akaun Twitter kegemaran dalam masa terdekat

Twitter kini mungkin sedang mengusahakan fungsi baru di mana pengguna boleh mendermakan sejumlah wang kepada akaun Twitter kegemaran mereka tanpa perlu keluar daripada aplikasi tersebut. Perkara ini telah ditemui oleh pengkaji aplikasi Jane Manchun Wong di mana beliau berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan fungsi itu dalam profil Twitter.

Dalam gambar tersebut, sebuah ikon berbentuk wang kertas boleh dilihat di sebelah ikon QR dan Sunting Profil (Edit Profile). Dengan menyentuh ikon wang itu, Twitter memberi pilihan kepada pengikut mereka untuk mendermakan wang kepada akaun Bandcamp, Cash App, Patreon, PayPal atau Venmo.

Twitter juga dilihat akan memperkenalkan fungsi Tip Jar untuk Twitter Spaces iaitu sebuah perkhidmatan perkongsian audio mirip Clubhouse. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan fungsi Super Follow terhadap akaun Twitter kegemaran mereka, di mana pengguna boleh membayar yuran bulanan untuk mendapatkan kandungan eksklusif.

Super Follow nampak seperti menawarkan faedah yang sama seperti Patreon, tapi dalam bentuk ciapan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version