Site icon TechNave BM

Anda mungkin boleh gunakan WhatsApp dalam beberapa peranti serentak tidak lama lagi

WhatsApp dikhabarkan akan memperkenalkan fungsi multi-peranti sejak tahun lalu dan kini terdapat petanda rasmi di mana ia akan mula ditawarkan pada tahun ini. Menurut WABetaInfo, versi WhatsApp Beta terbaru (2.21.1.3) untuk Android mempunyai pratonton untuk fungsi multi-peranti.

Kini, terdapat pula polisi privasi yang membenarkan pengguna untuk bersetuju terhadap polisi perkongsian data yang baru. Terma penggunaan (terms of services) juga akan dikemas kini pada Februari 2021, jadi mungkin maklumat lanjut akan diberikan kelak.

WhatsApp mungkin akan menamakan fungsi tersebut sebagai Linked Devices. Perkhidmatan permesejan itu dilihat telah mengeluarkan fungsi serupa untuk WhatsApp Web, di mana pengguna boleh membuka WhatsApp dalam komputer walaupun jika telefon pintar mereka tidak dihubungkan ke internet.

Fungsi seperti ini sudahpun wujud dalam aplikasi pemesejan lain seperti Telegram. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WABetaInfo

Exit mobile version